Puteri Sarah tempelak netizen Indonesia, pertikai berkawan dengan lelaki bujang

LocalEntertainment
26 Sep 2025 • 5:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal apabila terdapat seorang wanita warga Indonesia mengeluarkan kenyataan seolah-olah merendahkan statusnya sebagai seorang janda.

Tempelak netizen Indonesia

Menerusi perkongsian di Threads, Sarah menegur individu yang dikenali sebagai Nabila itu tentang pentingnya adab yang perlu ada dalam setiap diri manusia.

image is not available

“Jadi manusia harus ada adab ya, jangan jadi manusia kurang diajar. Orang malaysia, orang indonesia semua serumpun,” ciapan Sarah, hari ini.

Dikatakan, komen itu ditinggalkan oleh wanita tersebut kerana mempersoalkan hubungan Sarah yang berstatus ibu tunggal bersama aktor Indonesia, Andi Arsyil yang masih bujang.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan wanita itu mendakwa perempuan bujang lebih ‘suci’ berbanding perempuan yang sudah menikah kerana masih belum disetubuhi.

“Bujang dapat janda anak dua. Seharusnya lebih baik bernikah dengan yang bujang juga bang Andy Arsyil. Wanita bujang muslimah itu suci, tak pernah disentuh sebelum dihalalkan,” tulis Nabila.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang dibuat oleh wanita Indonesia itu dan menganggap ia merupakan satu tindakan yang biadab kerena merendahkan martabat seorang ibu tunggal.

Jadi perempuan jangan suka menghina

image is not available

Cemburu lah tu

image is not available

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan hubungannya bersama Andi memasuki episod baharu kerana kedua-duanya kini sedang mengenali hati budi masing-masing namun enggan terlalu terbuka berkongsi berkenaan hubungan peribadi.

Sumber: Threads puterisarahliyana