Putin Tegaskan Tindakan Tidak Hormat Atau Merosakkan Kitab Suci Agama Islam Adalah Satu Jenayah

Entertainment
1 Jul 2023 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden Rusia, Valdimir Putin menegaskan tindakan mana-mana individu yang tidak menghormati dan merosakkan kitab suci al-Quran adalah satu jenayah di Rusia.

image is not available

Putin menjelaskan, meskipun pencabulan ke atas kitab suci umat Islam itu tidak dianggap sebagai satu jenayah di negara lain, tindakan berkenaan boleh dihukum di bawah undang-undang kerajaan Rusia.

Memetik laporan Astro Awani, Presiden Rusia itu berkata;

“Kitab ini suci buat umat Islam dan seharusnya suci buat semua. Kita tahu negara lain mempunyai pendapat berbeza, mereka tidak menghormati perasaan agamawan, selain mengganggap ia bukan satu jenayah”

Di Rusia, mana-mana individu yang bertindak tidak menghormati atau merosakkan kitab suci boleh dihukum di bawah konstitusi dan Artikel 282 Kod Jenayah.

image is not available
Sumber: google image

Presiden Rusia itu berucap ketika mengadakan lawatan ke Masjid Juma, Derbent, di Republik Autonomi Dagestan sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Kehadiran Putin ke masjid itu disambut wakil-wakil komuniti Islam di Dagestan dan beliau juga turut dihadiahkan senaskah kitab suci Al-Quran.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.