Putrajaya Mulakan Ujian Rintis Untuk Lintasan Pejalan Kaki Berasaskan AI

LocalTechnology
30 Jan 2026 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas lampu isyarat berasaskan AI, Perbadanan Putrajaya kini melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan projek perintis lintasan pejalan kaki pintar. Inisiatif ini dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesedaran keselamatan lalu lintas terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang sering menggunakan lintasan tersebut.

image is not available

Sistem AI ini bukan sekadar memantau, malah ia mampu mengesan kesalahan lalu lintas seperti pejalan kaki yang melintas ketika lampu merah atau di luar lintasan, serta kenderaan yang melanggar lampu isyarat. Setiap kesalahan yang dikesan akan diberikan maklum balas segera melalui audio dan visual sekali gus menjadi peringatan agar pengguna lebih berwaspada ketika berada di jalan raya.

Dengan adanya teknologi ini, Putrajaya dilihat bukan sahaja mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, malah turut memupuk komuniti yang lebih prihatin terhadap keselamatan bersama. Langkah ini sekali gus menyokong usaha menjadikan Putrajaya sebuah bandar yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.