“Putus Betul Ke Tak?” – Netizen Rakam Janna Nick Dan Bekas Kekasih Di Genting Highlands

Entertainment
17 Dec 2022 • 2:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, selebriti serba boleh Janna Nick memaklumkan hubungan percintaannya dengan kekasih hati Dini Schatzmann sudah berakhir.

Namun, kemunculan lagu baru nyanyian Janna Nick iaitu Mentari Setia menimbulkan tanda tanya sama ada ianya sekadar gimik.

Lebih mengelirukan apabila ada peminat mendakwa melihat pasangan itu bersama-sama meluangkan masa di pusat pelancongan popular, Genting Highlands.

Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan Dini memegang kamera merakam Janna Nick seolah-olah sedang mempromosikan sesuatu.

Di ruangan komen perkongsian, netizen berfikiran positif menganggap pasangan itu masih berkawan rapat dan bersikap profesional demi kerja walaupun sudah berpisah.

Dakwa netizen, Dini dan Janna Nick memang bekerja bersama-sama menyebabkan mereka masih berjumpa. Betul ke?

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok @eykaanabielaa_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.