Putus hubungan? Ameera Khan padam foto kekasih, netizen dakwa – “Mama Tini pun dah unfollow IG Jefri..”

EntertainmentLifestyle
4 Nov 2025 • 11:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Ameera Khan menjadi sorotan publik apabila memadam hantaran foto bersama buah hatinya, Jefri Nichol dalam Instagram.

Difahamkan, Jefri yang merupakan aktor terkenal dari Indonesia dilihat turut berbuat perkara yang sama dengan menghapus kesemua gambar Ameera di media sosialnya.

Perkara itu diketahui netizen dan mula timbul spekulasi memandangkan mereka sering berkongsi momen mesra bersama seperti pasangan paling bahagia.

Hubungan sudah berakhir?

image is not available

“Wei Ameera Khan dengan Jefri Nichol dah putus ke, HAHAHAH,” ciapan netizen.

Bukan itu sahaja, berdasarkan pemerhatian warganet mendapati ibu kepada Ameera, Noor Kartini Noor Mohamed juga tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

“Semalam dekat TikTok nampak netizen Indonesia tengah sedih Ameera Khan dengan Jefri Nichol putus, sampai ibu Ameera pun dah unfollow Instagram Jefri,” ucap netizen.

image is not available

Selain memadam gambar, kedua-dua mereka dilihat turut menyahikut akaun Instagram masing-masing.

Bagaimanapun, Jefri dilihat masih lagi mengikuti akaun Instagram kakak kepada Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila.

image is not available

Terdahulu, pasangan dua sejoli itu sering mengundang kontroversi susulan kemesraan yang ditayangkan mereka dalam Instagram dan kerap bercuti bersama.

Sumber: Threads nrlfhisml

View Original Article