iFixit – Fairphone 3 Amat Mudah Untuk Dibaiki, Skor Diberi 10/10

TechnologyDigital
13 Sep 2019 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lepas, Fariphonne 3 telah dilancarkan selepas empat tahun dari Fairphone 2 diperkenalkan. Jenama Fairphone ini sedia terkenal kerana mereka menghasilkkan telefon pintar mesra alam dan menghormati hak asasi manusia.  Kesemua komponen peranti dipastikan menggunakan bahan mentah dari sumber yang tidak diragui dan peranti boleh dikitar semula selepas tidak lagi digunakan.

image is not available

Terkini, pihak iFixit telah menguji peranti ini untuk tahap kemudahan ia diperbaiki. iFixit memberi skor 10/10 kepada peranti ini, kerana ia amat mudah untuk dibaiki. Skor ini masuk akal, kerana Fairphone 3 memang dicipta agar mudah dibaiki. Malah jika peranti ini dibeli, ia datang sekali dengan pemutar skru dan semua alat ganti dan komponen dijual di laman web rasmi Fairphone.

image is not available

Sebab kenapa skor yang tinggi diberi adalah, panel belakang Fairphone 3 boleh dibuka begitu sahaja dan baterinya juga boleh ditanggalkan. Kemudian, kebanyakan komponen adalah modular seakan Lego – yang mana pengguna boleh gantikan sahaja bahagian yang diingini. Contohnya, modul kamera swafoto, modul pembesar suara atau juga modul bahagian atas dan bawah. Syang sekali, port bicu audio, sensor-sensor lain telah dipateri ke papan induk.

image is not available

Lebih mengejutkan, salah satu modul peranti ini turut boleh dibuka bagi memudahkan lagi proses membaiki. Secara keseluruhan hanya empat alat sahaja yang diperlukan untuk dibaiki. Alat yang penting dan utama hanya satu pemutar skru sahaja, lain-lain adalah untuk membuka modul atau untuk memisahkan ribon dari papan induk.