Pyongyang ‘menang’ selepas Trump kurangkan latihan tentera

WorldPolitics
18 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pyongyang ‘menang’ selepas Trump kurangkan latihan tentera

WASHINGTON: Hubungan baik antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah menyebabkan Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon diarah­kan mengurangkan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan, hanya beberapa jam sebelum ia dijadualkan bermula semalam.

Tambahan pula Trump berkata, keputusan itu tidak berpuas hati kerana AS sejak sekian lama bersetuju untuk menyertai latihan bersama Korea Selatan.

“Latihan itu bukan sahaja menelan kos tinggi, dengan sebahagian besar kos ditanggung AS (seperti biasa), malah turut menghantar isyarat yang sama sekali tidak wajar dan bermusuhan kepada sebuah negara yang sepanjang Donald Trump menjadi Presiden, tidak mengancam dan menghormati (Korea Utara),” tulis Trump di Truth Social.

Menurutnya, sudah terlambat untuk AS membatalkan latihan itu sepenuhnya menyebabkan beliau mengarahkan Setia­usaha Perang, Pete Hegseth, untuk mengurangkannya secara ke­tara.

Latihan Ulchi Freedom Shield (UFS) selama 11 hari itu dijadual­kan berlangsung sehingga 27 Ogos, melibatkan kira-kira 18,000 anggota tentera Korea Selatan dan 5,000 askar AS.

Semasa penggal pertama sebagai Presiden, Trump berusaha memperbaiki hubungan dengan Korea Utara selepas bertahun-tahun tegang, termasuk bertemu Jong-un sebanyak tiga kali dan mengurangkan beberapa latihan ketenteraan bersama Seoul.

Pada 2019, Trump menjadi Presiden AS pertama yang sedang memegang jawatan memasuki Korea Utara apabila beliau bertemu Jong-un di Zon Demiliterisasi (DMZ).

Bagaimanapun, hubungan ke­dua-dua negara kembali merosot selepas usaha diplomasi menemukan jalan buntu.

Trump turut mengkritik Seoul berhubung keengganannya menyertai kempen Washington menentang Iran.

“Walaupun agak tidak ber­kaitan, saya pernah bertanya kepada Presiden Korea Selatan sama ada mereka mahu menyertai kami dan mereka menjawab ‘Tidak, terima kasih!,” tulis Trump.

 

The post Pyongyang ‘menang’ selepas Trump kurangkan latihan tentera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved