Aksesori audio nirwayar menyelesaikan masalah wayar berselirat menerusi tambatan bluetooth. Namun begitu ia mewujudkan masalah baharu di mana ia perlu dicas sekitar dua hari sekali pada penggunaan yang berat. JBL Reflect Eternals ialah fon kepala yang menjanjikan ia tidak perlu dicas sepanjang hayat kerana berkuasa solar.

Panel solar Powerfoyle yang digunakan didakwa boleh mengecas fon kepala menggunakan cahaya matahari dan lampu di dalam rumah. Seperti fon kepala nirwayar lain di pasaran, terdapat butang fizikal untuk menyeru pembantu maya pada peranti pintar dan mengawal audio.
Pihak JBL sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo. Sepasang Reflect Eternal boleh dibeli pada harga pengenalan $144 (~RM 596).
