Pengimbas cap jari ultrasonik bawa skrin 3D Sonic Max dilancarkan dua hari lalu oleh Qualcomm. Penambahbaikan yang dilakukan ialah saiz permukaan pengimbas yang 17 kali lebih besar berbanding generasi terdahulu dan proses imbasan yang lebih pantas. Sungguhpun memberikan tahap sekuriti yang lebih baik berbanding pengimbas optikal, pengimbas ultrasonik masih tidak digunakan secara meluas.

Pengeluar dari China ramai memilih menggunakan panel OLED keluaran BOE kerana kos yang lebih rendah berbanding Samsung. Mate 30 Pro misalnya masih menggunakan pengimbas cap jari optikal pada skrin OLED yang dikeluarkan oleh BOE.
Dengan 3D Sonic Max, mungkin iPhone di masa hadapan akan akhirnya menyokong pengimbas cap jari bawah skrin optikal. Apple telahpun menggunakan skrin OLED yang direka oleh Samsung sejak iPhone X. Malah pada April tahun ini, mereka dilaporkan bekerjasama dengan Qualcomm untuk membangunkan pengimbas cap jari terbina bawah skrin.
