
JUARA Bintang kecil RTM 2022 Qahirah Maisarah Syahlil menjadi antara 14 lagi peserta yang mewakili Malaysia pada pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), menerima kunjungan hormat penyanyi berusia 12 tahun itu di kediamannya di Kampung Suasa, Beaufort.
Katanya, masyarakat Bisaya bangga dengan Qahira apabila terpilih mewakili negara bersama-sama beberapa artis lain dari Sarawak dan semenanjung di Los Angeles, California.
“Qahirah, yang juga juara Sugandoi Dazanak, akan memakai busana tradisi Bisaya pada pertandingan ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Pertemuan ini adalah untuk memberikan semangat kepada penyanyi cilik itu bagi mempersembahkan bakatnya selain mempamerkan busana tradisi Bisaya.
“Masyarakat Bisaya dan seluruh warga Sabah tentunya amat berbangga dengan pencapaian Qahirah, yang mana julung kalinya anak Bisaya mewakili negeri dan negara ke sana,” katanya, dan berharap Qahirah, yang akan ditemani ibu bapanya, akan menjaga nama baik negara dan negeri.
Malaysia sekali lagi menghantar pasukan ke kejohanan World Championships of Performing Arts. Tahun ini, 15 peserta akan mewakili negara dalam kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan.
World Championships itu merupakan ‘Olimpik’ bagi dunia seni persembahan yang dianjurkan setiap tahun dan sebanyak 70 negara dijangka menyertai kejohanan ke-27 tahun ini ini di Long Beach Performing Arts Center dari 28 Jun hingga 6 Julai.
Penyertaan Pasukan Malaysia dalam kejohanan dunia ini merupakan satu-satunya peluang untuk karyawan negara menonjolkan bakat mereka di Hollywood dan menyerlah di arena hiburan antarabangsa dan seperti biasa, Pasukan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Lima peserta datang dari Semenanjung, dan lima juga dari Sarawak dan Sabah, masing-masing.
Enam daripada 15 peserta ini adalah kanak-kanak (5 hingga 15 tahun) manakala yang lain adalah peserta dewasa (16 tahun ke atas) dengan yang paling muda berumur hanya 8 tahun, manakala yang paling tua berumur 50 tahun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

