Qatar Juara Piala Asia 2024, Akram Afifi Cipta Hatrik

11 Feb 2024 • 11:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyerang pasukan bola sepak kebangsaan Qatar, Akram Afifi telah mencipta hatrik apabila menyempurnakan tiga sepakan panalti sewaktu menentang Jordan bagi memastikan Qatar juara Piala Asia 2024.

Dalam final Piala Asia kali ini, Jordan telah memburu trofi pertama mereka apabila berjaya menampilkan beberapa kejutan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini sebelum mara ke final.

Pertahankan kejuaraan Piala Asia 2019

Namun, nampaknya Qatar masih lagi mempertahankan kejuaraan merera pada edisi lalu di hadapan 86,492 penyokong termasuklah pemerintah Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dan presiden FIFA Gianni Infantino untuk muncul juara di Stadium Lusail, Qatar.

image is not available

Qatar juara Piala Asia 2024, menang 3-1

Difahamkan, kedua-dua pasukan berani menyajikan permainan terbuka dan minit ke-16, rembatan deras Yazan Al Naimat hampir meletakkan Jordan di depan namun percubaan itu berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol lawan, Meshaal Barsham.

image is not available

Qatar juara Piala Asia 2024, Afif cipta hatrik

Selang empat minit selepas itu, kelincahan Afif mula membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti sebelum bintang Al-Sadd itu tenang memanfaatkan kesempatan itu untuk meletakkan Qatar di depan.

Walaupun ketinggalan, Jordan masih lagi kekal positif dengan mempamerkan sikap melawan namun dua peluang terbaik dalam masa tambahan babak pertama gagal disudahkan dengan lebih baik oleh Mousa Al-Tamari.

image is not available

Nampak kesungguhan Jordan mahu dominasi permainan

Menerusi 15 minit pertama di separuh masa kedua, terlihat jelas kesungguhan Jordan untuk memburu jaringan penyamaan namun Barsham terus menjadi halangan utama apabila tampil dengan aksi menyelamat berkelas tinggi.

Minit ke-67, usaha berterusan Jordan akhirnya membuahkan hasil apabila Al Naimat bijak melepaskan diri sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang cukup deras untuk menewaskan Barsham di pintu gawang Qatar.

image is not available

Akan tetapi, pada minit ke-71, penilaian semula Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Qatar dihadiahkan satu lagi sepakan penalti dan Afif sekali lagi tenang untuk menyempurnakannya.

image is not available

Dia akhirnya berjaya melengkapkan hatrik dengan menyempurnakan penalti ketiga pada masa kecederaan sekaligus menamatkan sisa perjuangan Jordan.

Kejayaan Qatar bertambah manis apabila Afif telah menerima anugerah Kasut Emas dengan mengumpul lapan gola dalam saingan Piala Asia tahun ini.

Sumber: Reuters