“Qeyau nak pi wedding” – Anak Rozita Che Wan Nangis Nak Pergi Wedding Nabila Razali, Last-last…

Entertainment
27 Nov 2023 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah berlangsungnya majlis persandingan penyanyi popular, Nabila Razali dan pasangannya, Nik Iruwan Datuk Nik Izani di sebuah hotel mewah di Damansara bertemakan Batik Jawa.

Persandingan tersebut telah dihadiri oleh pelbagai artis terkenal dan pelakon, Rozita Che Wan juga telah dijemput menghadiri majlis tersebut.

image is not available

Aaisyah Dhia Rana ‘qeyau’ tak dapat datang majlis Nabila Razali?

Pun begitu, dek kerana kerusi yang limited, tak semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut termasuklah anak kepada Rozita, Aaisyah Dhia Rana yang menangis kerana tidak dapat datang ke majlis persandingan penyanyi itu.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan Rozita, Aaisyah dilihat terduduk di atas lantai sambil menangis tersedu sedan kerana terlalu sedih tidak dapat hadir ke majlis itu.

Manakala Rozita pula cuba menenangkan anaknya dengan mengatakan mereka boleh berjumpa dengan Nabila di hari lain untuk minum kopi bersama.

Macam mana mommy nak bawa Aaisyah, Aaisyah tak ada seat!

“Allahuakhbar dia nak pi wedding Kak Nabila Razali dia. Tak boleh, seat untuk dua orang saja sayang,” katanya.

“Dapat jugak dia pi”

Pun begitu, tak lama kemudian pelakon wanita itu telah memuat naik video memaparkan Aaisyah akhirnya dapat ikut ke majlis persandingan itu.

Menurut Rozita, pihak hotel menambahkan kerusi supaya Aaisyah boleh duduk di meja yang disediakan.

Tak sia-sia qeyau. Adoiiii bawak jugak laaa pi,” katanya.

@rozitachewan1

Tak sia sia qeyau adoiiiii bawak jugak laaaaaa p .. . Makeup & rambut by @otongdanish

♬ Usop_Gelora – ꧁ . _ ꧂

image is not available

Rata-rata netizen yang melihat video dari Rozita Che Wan geli hati dengan gelagat anak pelakon tersebut, namun mereka juga lega kerana akhirnya Aaisyah dapat pergi ke majlis itu.

Nasib baiklah dapat pergi wedding Nabila, sian dia dah nangis-nangis.

Sumber: TikTok 1, 2

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.