
SELANGOR, 2 OGOS 2025 – Meneruskan momentum pengenalan model-model baharu ke pasaran Malaysia, MForce Bike Holdings sekali lagi menarik perhatian peminat dua roda dengan pelancaran rasmi QJMOTOR SRV600V, sebuah motosikal gaya cruiser moden yang menggabungkan kuasa, keselesaan dan teknologi.
Dilancarkan sempena pembukaan MForce SmartShop Shun Yue Motor Sdn. Bhd., model ini menjadi satu lagi bukti komitmen MForce dalam membawakan produk berkualiti tinggi daripada jenama antarabangsa. QJMOTOR SRV600V ditawarkan dalam tiga warna menarik – Silver, Sky Black (Matte), dan Night Black – dan dijual pada harga bermula RM33,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Jantung SRV600V ialah enjin 4-silinder DOHC 561cc berpenyejukan cecair, dengan kuasa maksimum 50kW @ 10,500rpm dan tork 54.0Nm @ 8,000rpm. Sistem pacuan tali sawat, transmisi 6-kelajuan, serta ciri Traction Control System (TCS) dan ABS dua saluran memastikan tunggangan lebih selamat dan lancar, sama ada di bandar atau lebuh raya.
Sebagai tambahan kepada reka bentuk maskulin, model ini juga dilengkapi teknologi moden seperti lampu LED penuh, paparan meter digital bulat dengan TPMS, port USB Type-A & Type-C, sambungan Bluetooth, dan aplikasi Carbit Ride untuk fungsi navigasi dan pencerminan skrin.
Langkah berterusan MForce memperkenalkan pelbagai model baharu seperti SRV600V ini membuktikan komitmen mereka terhadap kepelbagaian pilihan motosikal untuk rakyat Malaysia, selaras dengan permintaan pasaran yang semakin matang dan berteknologi tinggi.
Setiap pembelian QJMOTOR SRV600V turut disertakan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan dan akses pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform rasmi MForce.
Dengan pelancaran ini, QJMOTOR dan MForce mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pemain utama dalam industri motosikal tempatan.
The post QJMOTOR SRV600V Rasmi Dilancarkan appeared first on TW Media.

