Qualcomm Lancarkan Snapdragon Wear Elite Untuk Jam, Pin dan Kalung Pintar

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Qualcomm melancarkan Snapdragon Wear Elite, platform boleh-pakai generasi baharu yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan (AI) peribadi. Menerusi cip Snapdragon Wear Elite, peranti seperti jam tangan, pin dan kalung pintar akan dapat dikuasakan dengan sistem AI terbina.

image is not available

Dari segi prestasi, Snapdragon Wear Elite menawarkan peningkatan 5X kuasa CPU, dan 7X peningkatan kuasa GPU berbanding Snapdragon W5+ Gen 2. Ia turut membolehkan peranti bertahan 30% lebih lama dan pengecasan sehingga 50% dalam masa hanya 10 minit. NPU terbina cukup berkuasa untuk menjalankan model AI dengan berbilion parameter secara terbina pada peranti.

Tidal terhenti di sini ia turut menyokong rangkaia 5G RedCap yang mengurangkan penggunaan baeri, Micro‑Power Wi‑Fi, Bluetooth 6.0, UWB, GNSS dan NB-NTN yang membolehkan pula sambungan kepada internet dilakukan untuk pemesejan dua hala.

Setakat ini Google, Motorola dan Samsung mengesahkan akan menggunakan platform Snapdragon Wear Elite. Malahan Samsung mengatakan Snapdragon Wear Elite akan digunakan pada jam tangan terbaru mereka tahun ini.