Modem Qualcomm X105 Dilancarkan Dengan Sokongan Rangkaian AI 5G-Advanced

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di MWC Barcelona, Qualcomm menggunakan kesempatan ini melancarkan cip baharu Snapdragon Wear Elite tetapi juga modem baharu Qualcomm X105 yang menyokong rangkaian 5G Advanced. Menurut Qualcomm, ini membolehkan peranti yang dilengkapi modem Qualcomm X105 menyokong ciri ejen AI menerusi rangkaian 5G lebih pantas.

image is not available

Qualcomm X105 turut mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30% pada waktu yang sama mempunyai saiz fizikal 15% lebih kecil berbanding modem generasi sebelumnya. Sistem GNSS empat frekuensi membolehkan lokasi dijejak dengan lebih tepat dengan penjimatan tenaga sehingga 25%.

Rangkaian satelit juga boleh digunakan menerusi sokongan NR-NTN bagi melakukan panggilan suara, penghantaran imej, mesej, video dan data dilalukan apabila tiadanya rangkaian selular. Qualcomm X105 ialah modem 5G generasi kelima dihasilkan oleh Qualcomm sejak 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved