Qualcomm Perkenal Snapdragon Seemless Untuk Kawalan Pelbagai Peranti Rentas Platform

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 5:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dan Samsung terkenal dengan ekosistem mereka. Menerusi ekosistem ini, kesemua peranti dapat dikawal secara setempat memudahkan pemilik melakukan kerja yang dikehendaki. Pagi ini Qualcomm mengumumkan Snapdragon Seemless yang membolehkan telefon pintar, komputer riba, aksesori audio, jam tangan pintar, set kepala dan kenderaan yang dilengkapi cip Snapdragon berhubungan dengan lebih baik antara satu sama lain.

image is not available

Dengan Snapdragon Seemless satu set tetikus dengan papan kekunci boleh mengawal satu peranti walaupun menggunakan sistem operasi berbeza Android atau Windows asalkan ia dilengkapi cip Snapdragon. Aksesori audio dengan pintar ditambat kepada peranti yang memerlukannya. Pemindahan fail rentas sistem operasi turut boleh dilakukan dengan Snapdragon Seemless.

image is not available

Disamping itu maklumat pada telefon pintar turut boleh dikongsi terus pada kaca XR. Ciri ini disokong pada cip baharu Snapdragon 8 Gen 3, Snapdragon X Elite serta platform audio dan peranti boleh pakai mereka.

Qualcomm mengatakan Microsoft, Google, Xiaomi, Honor, Lenovo, dan OPPO adalah antara syarikat terawal yang akan menyokong Snapdragon Seemless. Pad awalnya sokongan akan diberikan kepada telefon pintar, PC dan peranti boleh-pakai tahun ini sebelum dikembangkan pula kepada peranti set kepala XR, automotif dan internet benda (IoT).