Qualcomm Sedang Menguji Cip Snapdragon X Plus

TechnologyDigital
6 Apr 2024 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Qualcomm Snapdragon X Elite akan mula muncul pada PC Windows on Arm bermula H2 2024. Ia amat dinantikan kerana dilihat sebagai pesaing kepada siri cip Apple M yang menawarkan prestasi yang tinggi tetapi dengan penjimatan kuasa yang lebih baik berbanding cip X86. Sedang kita menanti pelancaran peranti dengan X Elite, Qualcomm juga sedang mengulas dua cip baharu yang belum diumumkan.

image is not available
Komputer riba prototaip dengan Snapdragon X Elite

Cip X1P44100 dan X1P46100 telah diuji sejak beberapa Februari. Berdasarkan nama X1P, ia besar kemungkinan adalah cip Snapdragon X Plus. Cip Snapdragon X Elite menggunakan kod nama X1E. Terdapat spekulasi X Plus ialah model yang lebih mampu milik dengan jumlah teras CPU yang lebih rendah. Maklumat lain mengenai X Plus masih lagi belum diketahui. Yang pasti ia mungkin dilancarkan serentak dengan PC yang dilengkapi X Elite kelak.

Setakat ini Lenovo, Acer, ASUS, Dell, HP, Microsoft, Samsung, Xiaomi dan Honor sudah mengesahkan mereka akan melancarkan PC dengan X Elite. Kami sekadar dapat menguji produk prototaip 23W tanpa kipas penyejuk dan 80W dengan penyejukan aktif ketika X Elite dilancarkan Oktober tahun lalu. Berdasarkan markah penanda aras, ia mempunyai potensi memberikan saingan kepada Apple Silicon.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved