Qualcomm umum Snapdragon 782G, sehingga 10% lebih berkuasa daripada 778G+

Digital
23 Nov 2022 • 7:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tidak segah sewaktu pelancaran Snapdragon 8 Gen 2, Qualcomm telah mengumumkan satu lagi cip baharu yang bakal memperkasa telefon-telefon kelas pertengahan tahun 2023 kelak. Snapdraogn 782G dilihat sebagai derivatif kepada Snapdragon 778G+ sedia ada dengan sedikit naik taraf.

Bermula di bahagian tunjang, Snapdragon 782 terdiri daripada 8 teras Kryo 670 berlainan varian dalam konfigurasi 1+3+4.

Teras berkuasa tinggi adalah Kryo 670 Prime berasaskan Cortex-A78 yang bekerja pada kelajuan sehingga 2.7Ghz manakala 3 teras dalam kluster kedua adalah Kryo 670 Gold, juga berasaskan Cortex-A78 tapi diperlahankan kepada 2.5Ghz.

Kluster terakhir adalah yang jimat tenaga, Kryo 670 Silver berasaskan Cortex-A55 pada kelajuan sehingga 1.9Ghz.

image is not available

Konfigurasi teras ini sama seperti pada SoC Snapdragon 778G dan 778G+, SoC yang mereka lancarkan seawal Mac 2021 yang lalu.

Seperti yang dikatakan tadi, perubahan yang dibawakan pada iterasi baharu ini adalah clockspeed yang ditokok sebanyak 5% untuk CPU dan 10% untuk GPU. Untuk pusat pemproses grafik, SoC ini menggunakan komponen Adreno 642L.

Lain-lain spesifikasi dilihat masih sama seperit cip tahun sudah seperti:

  • Quick Charge 4+
  • Fused AI Accelerator
  • Qualcomm Spectra ISP
  • Modem Snapdragon X53 5G
  • Wi-Fi 6
  • Bluetooth 5.2

Tiada sebarang jenama mengumumkan akan menggunakan platform ini setakat artikel ini ditulis tapi jangkakan produk berasaskan Snapdragon 778G+ menembusi pasaran dalam masa terdekat. Sebagai maklumat tambahan, antara telefon yang mendukung Snapdragon 778G+ boleh anda temukan dalam pasaran adalah seperti Nothing Phone (1) dan Honor 70.

Sumber: Qualcomm

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved