R+B baru saja perkenal gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit

Beauty
13 Mar 2023 • 3:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

R+B baru saja perkenal gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit

LEBIH natural dan mesra alam, R+B guna serbuk kopi dalam pembikinan barisan produk baharu

REPURPOSE + Beauty (R+B), jenama kecantikan tempatan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dan guna semula baru-baru ini memperkenalkan barisan produk baharu di pasaran.

Pengasas Bersama, R+B, Irene Lim, berkata, pihaknya menggunakan serbuk kopi sebagai bahan utama dalam pembikinan produk mereka.

Antaranya seperti gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit.

image is not available

Berikut penerangan lanjut mengenai inovasi baharu tersebut:

i) Gel pembersih muka
Menggabungkan serai dan campuran kopi untuk melindungi kulit daripada pencemaran, menyahtoksik serta membuang kotoran pada kulit.

ii) Scrub wajah
Scrub muka pengelupasan R+B yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi termasuk kunyit akan menggalakkan penjanaan semula dan mencerahkan kulit kusam kepada si pemakai.

iii) Pelembap
Item yang menggunakan tumbuhan Myrothamnus flabellifolia yang berasal dari Afrika Selatan itu bakal menghidupkan semula kulit, selain membantu merata dan mencerahkan warna kulit.

image is not available

iv) Scrub badan antiselulit
Kaya dengan antioksidan dan mengandungi minyak kopi, oren dan limau gedang.
Minyak oren akan menggalakkan penghasilan kolagen dan membantu meningkatkan tekstur keseluruhan kulit.

v) Krim badan antiselulit
Produk hebat ini berupaya merangsang sistem limfa, meningkatkan peredaran dan memulihkan tona kulit.

Untuk maklumat lanjut, layari rnbgbeauty.com.

image is not available