
Kecoh sejak minggu lalu, isu membabitkan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul isterinya di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.
Terbaru, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan sudah mengambil keterangan isteri pelakon itu hari ini.
Pelakon lelaki akan dipanggil dalam masa terdekat

Susulan itu, pihaknya akan memanggil suspek (pelakon lelaki) dalam masa terdekat. Jelasnya lagi, jika perlu tangkapan akan dilakukan bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberi.
Terdahulu, isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memuat naik gambar mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas cedera di bahagian muka.

Ahli keluarganya kemudian tampil mengesahkan Shuhada telah ditumbuk Hafidz sebanyak tiga kali. Ibu kepada dua anak ini turut berterima kasih di atas ‘hadiah’ yang diterimanya pada hari lahir yang ke-29 tahun.
Kredit: Harian Metro

