Raba Penumpang Wanita, Individu Dedah Pemandu Maxim ‘Miang’ Di Kuching Ini

18 Oct 2022 • 8:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang melampau!

Raba Penumpang Wanita, Individu Dedah Pemandu Maxim ‘Miang’ Di Kuching Ini. Maxim merupakan perkhidmatan kenderaan dengan harga yang amat berpatutan dan menjadi pilihan ramai rakyat di Sarawak. Namun, baru-baru ini, kita sering mendengar cerita yang kurang menyenangkan daripada para pelanggan mereka.

Malam semalam, seorang wanita telah mendedahkan di Facebook sikap tidak bertangungjawab seorang pemandu Maxim di Kuching. Pendedahannya itu telah mendapat perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis ia telah dikongsi sebanyak 1.7K.

image is not available
Raba Penumpang Wanita, Individu Dedah Pemandu Maxim ‘Miang’ Di Kuching Ini. Kredit gambar: FB Nur Lyana Zulyman

Rakan telah diraba pemandu Maxim

Dalam perkongsiannya itu, dia memberi peringatan kepada pelajar Politeknik, Kuching agar berwaspada apabila memesan Maxim terutamanya jika mereka mendapat pemandu tersebut.

Rakannya perempuannya dikatakan telah diraba oleh pemandu Maxim miang tersebut dan ini adalah kali dia melakukan perbuatan keji tersebut.

Bukan itu sahaja, menurut wanita itu lagi, rakannya lain sebelum ini pernah dipaksa untuk menggunakan perkhidmatannya. Setelah menawar untuk menghantar rakannya itu, pemandu tersebut merampas telefon rakannya itu untuk meletakkan rating yang baik pada aplikasi Maxim membuatkannya tidak sempat meletakkan rating buruk atau membuat report kepada Maxim.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Banyak menimbulkan masalah sebelum ini

Dalam perkongsian di Facebook itu lagi, wanita berkenaan berkata pemandu Maxim ini telah banyak menimbulkan banyak masalah sebelum ini dan telah memberi nasihat agar wanita-wanita di luar sana yang ingin menggunakan perkhidmatan ini untuk berhati-hati.

Jadi bagi anda di luar sana, terutamanya golongan wanita, sentiasa berhati-hati jika anda ngin menggunakan perkhidmatan ini. Diharap agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak bertangungjawab seperti ini.

Baca lagi kisah pemandu Maxim yang tidak bertangungjawab di sini: