Rachel-Aifa raih gangsa, Eain Yow-Ivan kempunan pingat

9 Aug 2022 • 6:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rachel-Aifa menewaskan rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen pada saingan penentuan pingat gangsa . - Foto Bernama.

PASANGAN Rachel Arnold-Aifa Azman menghadiahkan pingat gangsa buat kem negara dalam acara beregu wanita skuasy pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini pada Isnin. Rachel-Aifa menewaskan rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen 2-0 (11-3, 11-9) pada saingan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Pusat Skuasy dan Hoki, Universiti Birmingham. Gandingan Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand memenangi pingat emas selepas menumpaskan pasangan dari England Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8). Sementara itu, Ng Eain Yow-Ivan Yuen kempunan untuk meraih gangsa apabila tumpas kepada pasangan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga. Pingat emas dan perak menjadi milik tuan rumah, England menerusi James Willstrop-Declan James yang menewaskan rakan senegara Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved