Radzi Jidin Mahu Penjelasan Sama Ada Pusat Pemprosesan Ayam Masih Beroperasi

LocalFood
21 Oct 2026 • 3:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Radzi Jidin Mahu Penjelasan Sama Ada Pusat Pemprosesan Ayam Masih Beroperasi

Kerajaan digesa mengambil tindakan segera terhadap sebuah pusat pemprosesan ayam yang menimbulkan persoalan berhubung kaedah penyembelihan dan status halalnya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihak berkuasa perlu menjelaskan sama ada premis berkenaan masih dibenarkan beroperasi sepanjang siasatan dijalankan.

Menurutnya, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan isu halal dan haram serta keselamatan makanan yang dibekalkan kepada pengguna.

Beliau berkata, video operasi pusat pemprosesan ayam berkenaan yang tular pada malam Isnin lalu telah menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai kaedah penyembelihan yang digunakan.

“Semalam, saya minta supaya semua pihak berkuasa yang terlibat mengambil tindakan segera kerana perkara ini melibatkan status halal haram dan keselamatan makanan.

“Pihak Jakim kemudiannya mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan siasatan sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan.

“Persoalannya, berapa lama hendak disiasat? Siapa pemilik premis itu? Adakah sepanjang tempoh siasatan, pusat pemprosesan ayam tersebut dibenarkan meneruskan operasi mereka?

“Jika ya, ke mana mereka bekalkan ayam yang diragui status halalnya? Apakah ayam yang diragui kaedah penyembelihannya ini akan terus dijual di pasaran sebagai ayam yang halal?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Radzi turut melahirkan kebimbangan sekiranya terdapat pusat pemprosesan ayam lain yang mengambil mudah aspek kaedah penyembelihan sehingga menimbulkan keraguan terhadap status halal produk yang dipasarkan.

Baca juga:

Sehubungan itu, beliau menegaskan penjelasan segera daripada pihak berkuasa amat diperlukan bagi memastikan isu berkenaan ditangani dengan sewajarnya, selain mengelakkan kebimbangan pengguna berterusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved