Radzi Jidin nafi tawar diri jadi calon Ketua Pembangkang – “Saya tidak pernah menyebut nama…”

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menafikan dakwaan beliau menawarkan diri sebagai calon Ketua Pembangkang.

Radzi Jidin nafi tawar diri jadi calon Ketua Pembangkang

Mohd Radzi berkata, dakwaan itu timbul susulan pertemuannya dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang pada 18 Februari lalu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU dalam pertemuan tersebut.
“Fakta ini boleh disemak dengan sahabat yang turut hadir iaitu Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Shahir Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU, Datuk Razali Idris.
“Bahkan boleh disahkan juga dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan pembangkang tidak berhasrat mengemukakan pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai jawatan Ketua Pembangkang.

Justeru, Takiyuddin menegaskan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal sebagai Ketua Pembangkang.

image is not available

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan proses penggantian Ketua Pembangkang hanya boleh dilaksanakan selepas Majlis Tertinggi PN memutuskan calon baharu, dan tiada kaitan dengan tempoh persidangan Dewan Rakyat.

Artikel lain: Status beliau tetap sama! Hamzah masih ketua pembangkang setakat ini -Speaker Dewan Rakyat

Mohd Radzi berkata, beliau dimaklumkan tentang dakwaan itu ketika membuat persiapan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat pada petang Isnin.

image is not available

“Di bulan Ramadan yang mulia, saya doakan agar mereka yang menyebarkan fitnah ini insaf. Mohon sahabat-sahabat kongsikan penjelasan tersebut,” ujarnya.

Sumber: FB Dr Radzi Jidin