Radzi Jidin nafi tawar diri sebagai Ketua Pembangkang

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 4:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, menafikan dakwaan bahawa beliau menawarkan diri sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU ketika bertemu Presiden PAS di Rusila pada 18 Februari lalu.

Menurut beliau, tuduhan tersebut merupakan satu fitnah yang kini sedang tersebar, lebih-lebih lagi ketika beliau sedang membuat persediaan untuk perbahasan Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU dalam pertemuan tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pertemuan berkenaan melibatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan menurut Radzi, perkara sebenar boleh disahkan oleh individu yang turut hadir, termasuk Takiyuddin Hassan, Syahir Sulaiman, serta Razali Idris.

“Fakta atau kebenaran ini boleh disemak dengan sahabat-sahabat yang turut hadir dalam pertemuan itu, iaitu YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, YB Syahir Sulaiman, dan YB Datuk Razali Idris. Bahkan boleh disahkan juga dengan YB Tan Sri Haji Hadi Awang sendiri,” jelasnya.

Radzi turut meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran dakwaan berkenaan, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia, dan mendoakan agar pihak yang terlibat menyebarkan fitnah itu diberikan kesedaran serta keinsafan.

The post Radzi Jidin nafi tawar diri sebagai Ketua Pembangkang appeared first on The Reporter.