Rafidah Ibrahim Dikecam Selit Agenda Politik Ketika Solidariti Zara

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 7:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia rafidah

Perhimpunan solidariti buat Allahyarham Zara Qairina di Sogo, Kuala Lumpur semalam sepatutnya menjadi ruang menuntut keadilan.

Namun tercetus kontroversi apabila selebriti Rafidah Ibrahim didakwa menyelitkan agenda politik dalam ucapannya.

“Tergamak ya kamu selit agenda politik?”

Menerusi satu video tular di Threads, Rafidah menjerit “Turun! Turun!” diikuti laungan daripada pengunjung yang lain.

Kata-kata tersebut menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. Netizen merasakan Rafidah tidak sensitif kerana menggunakan kesempatan itu untuk berpolitik, sedangkan perhimpunan berkenaan adalah untuk menuntut keadilan bagi kematian tragis Zara.

image is not available

image is not available

image is not available

Sebahagian netizen juga berpendapat tindakan Rafidah seolah-olah tidak memikirkan perasaan ibu bapa arwah yang sedang berduka, tetapi masih diselitkan isu politik dalam suasana penuh emosi itu.

Pssttt! Himpunan solidariti sepatutnya menjadi medan untuk menuntut keadilan tanpa gangguan elemen politik. Apa yang berlaku ini menunjukkan bagaimana sensitiviti perlu dijaga, terutama ketika keluarga mangsa masih dalam kesedihan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.