Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa simpati terhadap nasib komuniti pelarian Rohingya di Malaysia, sambil berpandangan bahawa punca sebenar permasalahan berkenaan perlu dilihat daripada situasi di negara asal mereka, iaitu Myanmar.

Bandingkan pelarian Rohingya dengan rakyat Palestin

Menerusi satu perkongsian di Threads, Rafidah, 40, turut membandingkan situasi pelarian Rohingya dengan kemungkinan nasib rakyat Palestin sekiranya mereka datang ke Malaysia tanpa mempunyai pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal khusus.

“Pandangan kurang popular saya ialah saya kasihankan Rohingya. Kalau rakyat Palestin datang ke Malaysia tanpa pelajaran, tanpa pekerjaan dan tanpa tempat tinggal khusus, mereka pun akan jadi seperti Rohingya.
“Masalah sebenar adalah kerajaan Myanmar,” katanya.

Image from: Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

Minta diri tak dikecam

Susulan daripada itu, beliau berharap orang ramai dapat kurangkan kebencian terhadap Rohingya dan fokus kepada punca sebenar isu terbabit berlaku.

Rafidah juga meminta supaya dirinya tidak dikecam kerana berbeza pendapat dalam isu berkenaan.

 

Image from: Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

Ramai yang kurang setuju

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads apabila ada yang bersetuju dengan pandangan Rafidah, khususnya berkaitan kesukaran golongan pelarian mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan kemudahan asas untuk meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang tidak bersetuju dan berpendapat isu melibatkan komuniti Rohingya perlu dilihat daripada sudut cabaran sosial serta kesannya terhadap masyarakat tempatan.

Image from: Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

Anggap Rohingya parasit

Image from: Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

Rakyat dah muak dengan Rohingya

Image from: Rafidah Ibrahim simpati nasib Rohingya -“Harap kita kurangkan kebencian…”

Sumber: Thread Rafidah Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved