Rafiq cipta hatrik kejuaraan Terbuka Singapura

13 Jun 2026 • 10:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rafiq cipta hatrik kejuaraan Terbuka Singapura
Muhammad Rafiq. Foto fail Bernama

JAGUH boling negara Muhammad Rafiq Ismail berjaya merangkul kejuaraan kategori lelaki buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026 yang berlangsung di Pusat Boling Rifle Range hari ini.

Dalam aksi final stepladder yang menyaksikan pertembungan sesama pemain Malaysia, Rafiq berjaya mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Tun Hakim Tun Hasnul Azam 242-226.

Terdahulu, Tun Hakim menempah slot ke final selepas mengatasi rakan sepasukan Ahmad Muaz Mohd Fishol 247-175 pada peringkat separuh akhir.

Sementara itu, pemain muda negara dari Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie merangkul gelaran kategori wanita selepas menewaskan rakan sepasukan Nora Lyana Nastasia Norkamal pada aksi final.

Dalam perlawanan pertama, Lavinia mencatat kemenangan 192-184 sebelum mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 201-188 dalam perlawanan kedua.

Terdahulu, Lavinia mara ke final selepas menundukkan Anis Hannan Romzi 258-166 dalam aksi separuh akhir. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved