Rafizi balik KL, tak hadir hari terakhir kongres PKR lepas kalah jawatan timbalan presiden

LocalPolitics
24 May 2025 • 12:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor, hari ini.

image is not available

Tiada kehadiran Rafizi pada hari terakhir kongres PKR

Ketidakhadiran Rafizi mencuri perhatian memandangkan beliau sebelum ini telah mengesahkan akan hadir ke kongres berkenaan, namun sejak jam 8 pagi tadi, kelibat beliau langsung tidak kelihatan.

Memetik laporan dari FMT, Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Farhan Iqbal memaklumkan bahawa Rafizi kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

“Rafizi telah balik ke Kuala Lumpur pagi tadi. Ini berikutan semalam PKR telah mengumumkan barisan kepimpinan yang baharu,” katanya.

image is not available

Tak hadir hari terakhir kongres PKR sebab dah ada timbalan presiden baru

Difahamkan, Rafizi hadir pada malam semalam bagi menghadiri majlis perasmian kongres, namun memilih untuk tidak meneruskan kehadiran pada hari kemuncak kongres hari ini.

Semalam juga menyaksikan pengumuman keputusan pemilihan jawatan timbalan presiden PKR, di mana Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan satu lawan satu dengan Rafizi.

image is not available

Anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meraih 9,803 undi berbanding Rafizi yang hanya mendapat 3,866 undi.

Difahamkan, Nurul Izzah turut menerima sokongan padu lebih 200 daripada 222 bahagian PKR di seluruh negara, menjadikan beliau sebagai calon pilihan sejak awal.

image is not available

Apa yang lebih menjadi perhatian ialah kenyataan Rafizi sebelum ini yang menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan sebagai menteri sekiranya kalah dalam pemilihan tersebut.

Untuk rekod, sebanyak 32,030 perwakilan layak membuang undi bagi memilih kepimpinan pusat PKR bagi penggal 2025 hingga 2028.

Sumber: FMT (Mohamad Fadli)