Rafizi beri bayangan ubah konsep podcast YBM ke ‘Yang Berhenti Menteri’?

LocalPolitics
8 May 2025 • 6:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Yang Berhenti Menteri

Selepas menyepi sejak September lalu, podcast ‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) akhirnya akan kembali bersiaran, namun kali ini dengan bayangan konsep baharu ‘Yang Berhenti Menteri’.

image is not available

Yang Bakar Menteri atau Yang Berhenti Menteri?

Menerusi perkongsian di Facebook, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang mengendalikan program tersebut memaklumkan YBM akan kembali pada Sabtu ini jam 9 malam dan buat pertama kalinya akan bersiaran secara terbuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Seri Kembangan.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan dan menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan dalam satu dua minggu kebelakangan ini,” katanya .

Kali terakhir podcast itu bersiaran adalah pada 30 September 2024, menampilkan Lim Sian See bagi membincangkan isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh pempengaruh tersebut.

Yang Berhenti Menteri? akan diulas dalam podcast nanti

Beliau turut memaklumkan akan mengambil kesempatan menerusi podcast tersebut untuk memberi beberapa penjelasan berhubung isu dan polemik yang sedang hangat ketika ini melibatkan dirinya.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan serta menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan dalam satu dua minggu kebelakangan ini,” tulisnya lagi.

image is not available

Spekulasi mengenai perubahan konsep tercetus susulan situasi politik semasa, di mana Rafizi kini dikatakan bakal dicabar oleh Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, selain nama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dikaitkan sebagai pesaing berpotensi.

image is not available

Dengan situasi politik semakin hangat, kehadiran semula YBM dijangka menjadi pentas penting buat Rafizi menjawab segala persoalan termasuk bayangan sama ada beliau akan ‘berhenti menteri’ secara literal atau hanya secara jenaka.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli