Rafizi dedah isteri terima mesej acaman libat jangkitan penyakit bahaya

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 12:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendedahkan isteri terima mesej ugutan selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang semalam.

Isteri terima mesej ugutan

Dalam sidang media yang dibuat di Parlimen, Rafizi menyatakan beliau dan keluarga menerima beberapa ugutan antara yang ancaman melibatkan jangkitan penyakit berbahaya kepada anak mereka.

“Mesej itu berbunyi ‘diam, jika teruskan, Aids’,” katanya.

image is not available

Isteri terima mesej ugutan sebarkan Aids

Beliau berkata mesej itu turut disertakan dengan emoji suntikan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya.

Tegas Rafizi, beliau menegaskan bahawa tindakan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam apa jua perbezaan pendapat politik.

Sebelum ini, bekas Menteri Ekonomi terbabit menyatakan bahawa anaknya telah diheret dan disuntik sewaktu berada di pusat beli belah di Putrajaya semalam.

image is not available

Perkara tersebut pastinya mengejutkan dan pihak kerajaan serta pembangkang mengecam tindakan tersebut jika ia ada hubung kait dengan politik.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggesa pihak bertanggungjawab menyiasat dan segera mengambil tindakan atas kejadian yang menimpa keluarga Rafizi.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli