Rafizi hadir Bukit Aman pagi ini berkaitan kes mafia korporat

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 7:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

pkr

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dipercayai akan hadir ke Bukit Aman hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan mafia korporat.

Difahamkan, pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu akan hadir pada 10 pagi untuk diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Semalam Rafizi mengesahkan beliau menerima notis daripada Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk hadir memberi keterangan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, PDRM membuka siasatan susulan satu laporan polis yang dibuat pada 22 Oktober berikutan ceramahnya di Selayang pada 20 Oktober lalu.

“Notis PDRM kepada saya menyebut laporan itu berkait ‘ucapan Datuk Seri mengenai beberapa dakwaan termasuk perkara berkaitan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang individu bernama Ramanan Ramakrishnan serta isu yang dikaitkan dengan mafia korporat’,” katanya.

Dalam ceramah berkenaan, beliau turut menyentuh mengenai peristiwa Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain dihadapkan ke mahkamah.

“Saya menghormati tugas pegawai penyiasat dan akan kembali ke Kuala Lumpur bagi hadir memberi keterangan,” katanya.- UTUSAN

The post Rafizi hadir Bukit Aman pagi ini berkaitan kes mafia korporat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved