Rafizi Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Ceramah Di Selayang

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 3:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rafizi Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Ceramah Di Selayang

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli hadir di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini hari ini bagi memberikan keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang, Selangor, bulan lepas.

Rafizi yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) tiba pada 10.57 pagi dengan ditemani tiga peguam, iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.

Semalam, Rafizi menerusi kenyataan mengesahkan menerima notis daripada polis untuk hadir bagi dirakam keterangan susulan laporan yang dibuat pada 22 Okt berhubung ceramah pada 20 Okt.

Rafizi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah jenayah serta Seksyen 505 kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Notis siasatan polis itu antara lain berkait ucapan ceramah yang didakwa membangkitkan beberapa dakwaan termasuk isu berkaitan mafia korporat serta dakwaan pembayaran wang berjumlah RM9.5 juta kepada seorang pemimpin politik.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan dirinya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dan sanggup membatalkan program kempen di Melaka untuk memberikan keterangan hari ini.

Baca juga:

Sementara itu, Rafizi yang ditemui pemberita selepas proses itu selesai pada 1.05 tengah hari berkata kehadirannya bagi membantu siasatan berhubung dua kes susulan laporan polis yang berbeza.

Selain siasatan berkaitan ceramah di Selayang, Rafizi berkata turut dirakam keterangan berhubung laporan polis pada Mac lepas mengenai isu pemilikan saham membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Sebab itu sesi keterangan mengambil masa agak panjang (hampir dua jam) kerana ada dua kes berbeza,” katanya.

Rafizi berkata kes kedua disiasat mengikut Seksyen 500 kanun sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail semasa ditemui pada Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik dan Profesional PDRM 2026 di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di sini berkata kenyataan rasmi berkaitan siasatan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved