Rafizi nafi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion – “Ini bahan fitnah dijaja Caprice”

LocalPolitics
20 Feb 2026 • 2:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menolak dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah bernilai RM2.5 bilion berkaitan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengannya.

Menurut laporan BH Online, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa tuduhan berkenaan adalah fitnah yang disebarkan oleh pempengaruh Ariz Ramli atau Caprice.

“Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya…
“Ini jadi satu lagi bahan fitnah dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos kononnya Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion,” katanya dalam sebuah video dimuat naik semula oleh Caprice di laman Instagram.

image is not available

Terdahulu, Rafizi menjelaskan pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra di bawah projek NETR merupakan inisiatif sektor swasta sepenuhnya, tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun proses perolehan kerajaan.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya mempunyai kepentingan peribadi dalam projek berkenaan dan menyifatkan tuduhan yang dibangkitkan oleh pempengaruh media sosial sebagai satu fitnah yang dirancang.

image is not available

Foto arkib: Bernama

Bekas Timbalan Presiden PKR itu juga mendakwa Caprice menghasilkan kandungan yang menuduh beliau menganugerahkan projek UEM Lestra kepada syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengannya.

Dalam perkembangan sama, Rafizi dijangka memperincikan penjelasan berhubung dua tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya menerusi program audio siar ‘Yang Berhenti Menteri’ (YBM) pada jam 10 malam ini.

image is not available

Sementara itu, difahamkan Caprice telah mempersoalkan sejak bila dakwaan sedemikian timbul serta asas yang digunakan untuk mengaitkan namanya dengan kes terbabit.

“Salam Ramadan Rafizi, kalau nak twist tunggu lah selepas bulan puasa… sejak bila Cap tuduh Raf terbabit kes rasuah RM2.5 billion tuduhan berat ni,” soal Caprice, tengah malam tadi.

Sumber: BH Online (Suzalina Halid)