Rafizi Ramli Jawab Semua Tuduhan Caprice

LocalPolitics
20 Feb 2026 • 3:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu Tuduhan Rasuah RM2.5 Bilion yang mengaitkan Datuk Seri Rafizi Ramli menjadi perhatian ramai selepas ia tular di media sosial. Bekas Menteri Ekonomi itu tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan dirinya tidak terlibat seperti yang diperkatakan.

Isu ini turut melibatkan pempengaruh Ariz Ramli atau Caprice apabila kandungan berkaitan tuduhan tersebut mula tersebar dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rafizi Ramli sifatkan dakwaan sebagai fitnah jahat

image is not available

Rafizi menegaskan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan kontrak kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengannya adalah tidak benar.

Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos kononnya Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion.- Katanya.

Beliau juga menolak dakwaan kononnya mempunyai kepentingan peribadi dalam projek berkenaan. Rafizi menjelaskan pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra di bawah projek NETR merupakan inisiatif sektor swasta sepenuhnya. Ia tidak melibatkan dana kerajaan atau sebarang proses perolehan awam.

Penjelasan itu dibuat bagi memperbetulkan tanggapan yang mengaitkan projek tersebut dengan salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

Akan perincikan penjelasan dalam podcast

image is not available

Dalam perkembangan sama, beliau dijangka memperincikan penjelasan lanjut berhubung dua tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya menerusi podcast Yang Berhenti Menteri pada jam 10 malam ini.

Rafizi turut mendakwa kandungan media sosial yang dihasilkan sebelum ini cuba mengaitkan dirinya dengan penganugerahan projek kepada syarikat tertentu.

Caprice persoal pula asas dakwaan

image is not available

Caprice pula mempersoalkan sejak bila tuduhan sedemikian timbul serta asas yang digunakan untuk mengaitkan namanya dengan kes tersebut.

Salam Ramadan Rafizi, kalau nak twist tunggu lah selepas bulan puasa. sejak bila Cap tuduh Raf terbabit kes rasuah RM2.5 billion tuduhan berat ni.- Soal Caprice.

image is not available

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat menghukum bila sesuatu isu tengah panas. Semak dulu fakta dan dengar penjelasan daripada semua pihak sebelum buat kesimpulan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Rafizi Ramli Jawab Semua Tuduhan Caprice appeared first on Oh! Media.