Rafizi Ramli dan Tuan Ibrahim selesai isu saman sivil secara baik luar mahkamah

LocalPolitics
9 Sep 2025 • 6:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli akhirnya mencapai kata sepakat bersama YB Tuan Ibrahim Tuan Man apabila saman sivil yang difailkan sebelum ini berjaya diselesaikan secara baik di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rafizi Ramli terangkan sebab disaman

Memetik laporan daripada kenyataan rasmi dibuat Rafizi di media sosial, beliau menyatakan saman dengan nombor guaman WA-23CY-54-11/2022 itu difailkan Tuan Ibrahim terhadapnya susulan kenyataan media yang dibuat berhubung persoalan fungsi serta peranan seorang menteri ketika tempoh kerajaan caretaker selepas Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Rafizi Ramli bangkitkan isu projek RM2 bilion

Antara isu yang dibangkitkan Rafizi ketika itu adalah mengenai usaha penganugerahan projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa Tuan Ibrahim bertindak sebagai Menteri.

image is not available

Persoalan timbul hasil maklumat & dokumen diperoleh

Rafizi menjelaskan persoalan tersebut timbul hasil maklumat dan dokumen yang diperoleh daripada sumber dipercayai.

Namun, bagi mengelakkan salah faham atau kekeliruan kepada orang awam, beliau bersetuju untuk menurunkan semua posting media sosial berkaitan isu berkenaan.

image is not available

Perkara tak lagi berbangkit

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa keterlibatan Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan projek tersebut bukanlah tumpuan utama kenyataan medianya sebelum ini.

Maka, perkara itu tidak lagi berbangkit di antara kedua-dua pihak, sekali gus Tuan Ibrahim bersetuju menarik balik saman tersebut.

image is not available

Dalam semangat penyelesaian berhemah, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengetepikan segala perselisihan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat dan kestabilan politik negara.

Oleh itu, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan terbabit telah diselesaikan secara baik di luar Mahkamah.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli