Rafizi Ramli kongsi ‘petua’ buat keputusan -“Bukan tentang apa yang kita mahu…”

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 10:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Rafizi Ramli kongsi

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli kongsi petua yang dilakukan dirinya setiap kali membuat keputusan tidak kira besar atau pun kecil.

Rafizi Ramli kongsi petua buat keputusan

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Rafizi mennyatakan bahawa kita semua membuat pelbagai keputusan hampir setiap hari dan beliau mempunyai petua sendiri bagi memastikan keputusan dibuat tepat.

“Kita buat macam-macam keputusan setiap hari,

“Ada keputusan besar, ada keputusan kecil,”

Rafizi Ramli kongsi apa yang dilakukan, tak fikir apa yang dimahu tapi apa yang perlu

Ujarnya, petua yang selalu dipegang sebelum mebuat sebarang keputusan adalah dengan memikirkan setiap dilakukan bukan semata-mata berkenaan dengan dirinya, tetapi mengenai apa yang perlu berlaku.

Petua saya dalam membuat keputusan.

Ia bukan tentang apa yang kita mahu. Ia mengenai apa yang perlu berlaku,” tulisnya.

Satu kerugian buat parti kehilangan Rafizi

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama para penyokongnya yang menyatakan satu kerugian besar buat PKR kerana kehilangan sosok yang ikhlas dalam perjuangan.

Mereka juga mendoakan agar urusan Rafizi dipermudah dan terus berprinsip seperti sekarang.

image is not available

Semoga urusan YB dipermudah

image is not available

Beliau punyai idea yang bijak

image is not available

Terdahulu, Rafizi Ramli telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahannya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli