Ragbi 7's Kebangsaan: Kumpulan maut, Kelantan mahu pertahan gelaran

22 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Ragbi 7's Kebangsaan: Kumpulan maut, Kelantan mahu pertahan gelaran

Pengarah Sukan Persatuan Ragbi Negeri Kelantan (PRNK), Muhammad Anuar Che Wahab, menganggap Kejohanan Ragbi 7's Kebangsaan 2026 lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan edisi lalu.

Jika sebelum ini hampir semua pemain yang mwmbarisi Kelantan adalah pemain kebangsaan, namun agak sukar kali ini apabila peraturan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak membenarkan pemain negara beraksi dalam kejohanan dalam misi mencari pemain berpotensi ke Sukan SEA.

Ia ternyata bakal menjejaskan misi mereka untuk mempertahankan gelaran juara, lebih-lebih lagi diundi dengan finalis dalam edisi lalu, Johor.

"Kumpulan B yang mengandungi Johor, Selangor dan Pahang boleh dikategorikan kumpulan maut.

"Kami akan buat persediaan dan berjuang untuk setidak-tidak ke final atau gelaran juara pada tahun ini," kata Pengarah Sukan PRNK, Muhammad Anuar Che Wahab.

Tambah Naib Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Mohd Najib Johan: "Kumpulan B amat mencabar kerana mempunyai Selangor dan Kelantan yang dilabel sebagai pasukan handalan.

"Kehadiran pemain Sukma (Sukan Malaysia) juga memberi kami sedikit kekuatan."

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Kesatuan Ragbi Selangor, Tan Thiam Jin, menjelaskan persiapan Selangor untuk menghadapi kejohanan ini berada di tahap optimum, lebih-lebih lagi dalam membawa skuad wanita untuk mempertahankan gelaran dalam edisi kali ini.

"Skuad senior Selangor menyerap muka baharu daripada Sukma, sementara skuad B-20 pula mempunyai tonggak daripada NRDP (Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan).

"Semua ini adalah pendedahan yang baru dan berharap mampu mempertahankan kejuaraan," katanya.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved