Rahim Sepahtu Masuk Meminang Untuk Anak

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2025 • 11:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rahim Sepahtu Masuk Meminang Untuk Anak

Pelawak dan pengacara terkenal, Rahim Sepahtu atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, mencuri perhatian ramai apabila hadir dalam sebuah majlis meminang bagi pihak anak lelakinya, Aidil Aiman.

Menerusi satu video yang tular di laman TikTok oleh pengguna Iewan Lopez, Rahim kelihatan segak berbaju Melayu biru lembut sambil mengetuai rombongan meminang itu.

“Pantun tak ada hari ini sebab semua dah habis dekat Sepahtu Reunion,” ucap Rahim berseloroh.

“Cuma hari ini saya sampaikan hasrat anak saya, Aiman untuk menyunting bunga yang sedang mekar di taman untuk menghiasi kamar hati dia,” katanya lagi.

Difahamkan, Aidil Aiman ialah anak kedua Rahim hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Norazlin Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai Kolin Abdullah.