“Kenapa segelintir orang rasa yang ‘free hair’ ni banyak dosa?” – Anak Shuib

12 Jun 2025 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Thalita meluahkan rasa hairan mengapa segelintir individu gemar untuk menghukum golongan yang tidak berhijab.

Menurut laporan Xtra, Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Thalita Zahra, 12 berkata dia boleh menerima teguran dengan hati terbuka sekiranya individu tersebut menggunakan nada baik tanpa kritikan negatif.

Anak Shuib

image is not available

“Sumpah, saya tak faham kenapa segelintir orang rasa yang ‘free hair’ ni banyak dosa and mereka juga akan menghukum sebab tak pakai tudung. Sekurangnya, dia bukan pakai tudung untuk ‘style’.

“Saya perasan sekarang yang pakai tudung ni selalu menghukum orang yang tak pakai tudung. Ye, boleh tegur, tapi tegur bertempat dan elok-elok,” katanya.

Untuk makluman, Thalita kini mula berjinak dengan bidang nyanyian malah, dia sering mendapat pujian daripada netizen kerana memiliki suara yang merdu persis arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

Anak Shuib

image is not available

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Sumber: Xtra