Rai Pesta Gol Manchester City, Julian Alvarez Terkejut! Tak Perasan Gigi Depan Hilang

5 Nov 2023 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bintang bola sepak Manchester City, Julian Alvarez menjadi perhatian netizen apabila kehilangan gigi hadapan ketika perlawanan menentang Bournemouth.
 
Perkara itu mula disedari netizen apabila Julian tersenyum lebar ketika meraikan gol kedua bersama pasukannya dalam perlawan yang berlangsung di Stadium Etihad pagi tadi.
 
Pada mulanya Julian tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya namun penjaring gol pasukannya iaitu Bernardo Silva membuat isyarat dan menunjukkan pada bahagian giginya.
 
Julian yang kelihatan terkejut selepas diberitahu tentang perkara itu kemudiannya terus menekup mulutnya dengan tangan.
 
Bagaimanapun masih tidak jelas punca bagaimana dia boleh kehilangan giginya itu.
 
Dalam pada itu, reaksi netizen di media sosial juga turut menyatakan rasa terkejut dengan perkara itu.
 
Namun dalam masa yang sama, ada juga yang geli hati dengan insiden gigi itu.
 



image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved