Raih 23 Juta Tontonan YouTube, 'Casablanca' Dicipta Buat Pasangan Yang Suka Buat Kandungan TikTok – Nuha Bahrin

Music
28 Oct 2022 • 6:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Naufal Azrin (kiri) dan Nuha Bahrin - Gambar Universal Music Malaysia

Kisah cinta pasangan kekasih yang banyak dikongsikan di aplikasi TikTok sebetulnya adalah titik permulaan terhasilnya single duet, Casablanca  yang dipersembahkan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. 

Siapa sangka lagu ciptaan Daqmie dan Abdul Karim Al Ali yang diterbitkan produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh termasuk Daqmie sendiri mampu mencetuskan fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran, Indonesia.

image is not available
Gambar Universal Music Malaysia

Manakan tidak, selepas beberapa bulan dilancarkan, Casablanca terus ‘viral’ dan berjaya menduduki tangga pertama carta-carta platform penstriman digital seperti Spotify dan Apple Music di dalam negara mahupun di negara jiran. Manakala muzik video rasmi pula meraih lebih 23 juta tontonan setakat hari ini.

Satu pencapaian yang cukup luar biasa dan amat membanggakan buat karyawan muzik dan penyanyi kita serta karya lagu itu sendiri kerana ia adalah buatan tempatan. 

Bercerita tentang lebih lanjut tentang fenomena Casablanca, Nuha berkata, lagu itu sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan.

“Tujuan utama lagu ini dicetuskan adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik  lagu  ini.  

“Lagu ini mengisahkan dua orang yang sedang  bercinta,  macam  baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.

 “Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau ‘crush’,” katanya dalam majlis kesyukuran Casablanca, petang semalam. 

image is not available
Nuha Bahrin - Gambar Universal Music Malaysia

Nuha turut meluahkan rasa bertuah apabila  dapat  bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik yang bagus dan berpengalaman luas.

“Bagi proses penulisan lagu, Alhamdulillah kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmi dan Wan Salleh.  

“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu Abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya sebutan Arab sebab ia perlu teliti. Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” katanya.

image is not available
Naufal Azrin - Gambar Universal Music Malaysia

Bagi Naufal, merakamkan lagu dan video muzik Casablanca adalah pengalaman yang cukup berharga buat diri dan kerjayanya.

“Rakaman lagu ini ambil masa selama satu hari sahaja. Seperti yang diketahui, lagu ini ada lirik dalam bahasa Arab dan Melayu. Untuk bahasa Arab kami diberi tunjuk ajar Abdul Karim, dia yang ajar kami bagaimana hendakmelagukanny,supaya ia sedap didengari orang. 

Kalau tak memang susah nak bawa, tapi bila dia ada ia menjadi senang. Abdul Karim ini juga boleh berbahasa Melayu, jadi ia memudahkan proses rakaman lagu ini.

“Bagi proses rakaman MV pula, saya rasa seronok dan teruja sebabada ‘otai’ seperti abang Akid, Kak Zadan Minur  Rashis,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022