Raih CGPA 3.40, Netizen Gelar Syasya Rizal Beauty With Brain - “Dah Lah Cantik, Bijak Pula Tu”

18 Jun 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Syasya Rizal mendapat perhatian netizen selepas berkongsi pencapaian akademiknya.
 

Cantik dan bijak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal telah berkongsi keputusan CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang diperoleh iaitu 3.40, manakala bagi GPA (Grade Point Average) pula sebanyak 3.84.



Syasya berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan seorang netizen mengenai pencapaian akdemiknya.



Malah menerusi hantaran yang sama juga Syasya memohon doa agar dia dapat menghabiskan pengajiannya.



Difahamkan Syasya kini melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.

“Slowly but surely, Insya-Allah. Doakan saya cepat habis belajar okay,” tulisnya.


Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen melabelkan Syasya sebagai seorang wanita cantik yang bijak.



image is not available




Berikut merupakan perkongsian Syasya: