Raih Lebih 1 Bilion Tontonan , ‘Queen Of Tears’ Cipta Rekod Baru Dalam Sejarah tvN

Entertainment
19 Apr 2024 • 9:59 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Queen Of Tears” telah berjaya mencipta rekod baru.

Meskipun “Queen Of Tears” masih lagi tidak dapat menandingi “Crash Landing Of You” dengan beza rating sebanyak 1%, drama yang diterajui oleh Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won itu telah berjaya mendapat lebih 1 bilion tontonan di semua media sosial tvN sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah tvN.

Dalam masa yang sama, menurut laporan media, “Queen Of Tears” juga telah berjaya memperoleh banyak lagi pencapaian luar biasa. Di mana, drama itu telah berjaya mendapat rating sebanyak 20.73% di seluruh negara dengan lebih cepat berbanding “Crash Landing On You”.

Malah, mereka turut menjangka bahawa drama tersebut akan berjaya memecahkan rekod rating tertinggi yang dipegang oleh drama “Crash Landing On You” sejak dari tahun 2019, tak lama lagi.

Selain itu, pelakon utama bagi “Queen Of Tears” iaitu Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won juga telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua dalam carta pelakon paling popular selama 6 minggu berturut-turut.

image is not available

Disebabkan kejayaan luar biasa ini, wakil tvN telah berkata,

Kami sangat bersyukur kepada semua pelakon tvN. Kami akan cuba untuk keluarkan lebih banyak drama dengan gaya tvN. Tak kisah pelakon terkenal atau baru, kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan reputasi kami sebagai saluran yang boleh dipercayai.

Terbaiklah “Queen Of Tears”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.