Rain Dan Jessi Antara Artis Bakal Gegarkan BSMF 2024 Di Kuching

31 Jul 2024 • 5:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lineup gempak BSMF 2024 didedahkan, K-Pop bertemu talent tempatan

Rain Dan Jessi Antara Artis Bakal Gegarkan BSMF 2024 Di Kuching. Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 baru sahaja mendedahkan barisan artis yang bakal menggegarkan Kuching pada 11 dan 12 Oktober ini.

Hari pertama festival pada 11 Oktober (Jumaat) akan menampilkan bintang K-pop terkenal, RAIN, sebagai artis utama. Beliau akan ditemani oleh bakat-bakat hebat seperti Bunga Citra Lestari, DJ Ujoo, Junny, Priscilla Abby, dan Thomas.

image is not available
Rain Dan Jessi Antara Artis Bakal Gegarkan BSMF 2024 Di Kuching

Manakala, hari kedua pada 12 Oktober (Sabtu) pula akan dipanaskan oleh rap queen Korea-Amerika, Jessi. Barisan artis hari kedua turut diserlahkan dengan kehadiran Dolla, DJ Blink, Jess Lee, Judika, Slumberjack, dan Zed. X.

BSMF 2024 dilihat sebagai usaha mengangkat Borneo ke mata dunia melalui industri muzik. Dengan kombinasi genre yang pelbagai dari K-pop hingga EDM dan pop tempatan, festival ini pasti akan menjadi tumpuan peminat muzik serantau.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memberitahu bahawa lebih banyak nama akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, orang ramai digalakkan untuk melayari laman web rasmi borneosonic.com atau mengikuti akaun media sosial mereka di @borneosonic.mf.

Baca juga aritkel yang berkaitan: