Rain Seksi 'Belanja Badan' Di Konsert, Siap Muat Naik Video Untuk Peminat Malaysia

Music
30 Aug 2022 • 8:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penghibur Korea Selatan, Rain - Gambar oleh Wafa Aula

Digelar 'superhot daddy' oleh peminat di Malaysia, kedatangan penyanyi Korea Selatan, Rain telah menggegarkan Axiata Arena pada Sabtu. 

Kemunculan Rain di pentas itu semestinya dinantikan oleh semua peminat K-pop di Malaysia sejak persembahan terakhirnya di negara ini lima tahun lalu.  Populariti penghibur serba boleh ini meledak menerusi drama 'Full House' yang ditayangkan pada tahun 2004.

Membuka acara Betadia Night 2022, Rain menyanyikan lima lagu hit seperti 'LA Song', 'How To Avoid Sun', 'Hip Song' dan lain-lain disambut gegak gempita peminat. 

Ketika menyanyikan lagu 'Gang', penyanyi itu tiba-tiba menari sambil membuka butang baju menampakkan sosok tubuhnya serta 'six pack' ternamanya. Penonton mula menggila.

Di laman sosial, ramai juga yang membuat naik video Rain yang rata-rata bersetuju penyanyi itu masih kelihatan tampan walaupun sudah mencecah umur 40-an. 

Bukan itu sahaja, walaupun terpaksa cepat-cepat pulang ke Korea selepas persembahan, Rain bagaimanapun sempat memuat naik video di laman Instagram dengan emoji berterima kasih kepada semua yang telah hadir menyaksikan persembahannya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by RAIN♥ (@rain_oppa)

Walaupun sekejap, namun kemunculannya cukup mengubat rindu para peminatnya apalagi selepas pandemik melanda. – Getaran, 30 Ogos 2022