Raja Ilya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Entertainment
2 Jul 2022 • 1:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram @rajailya

Pelakon Raja Ilya atau nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Talita Love di Hospital Midwife King Edward, Western Australia, Australia pada 1 Julai lalu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Berita tersebut dikongsikan sekitar jam 1 pagi tadi melalui Instagramnya dan kelihatan wajah kegembiraan Raja Ilya dan suami yang mendukung anak perempuan mereka itu.

image is not available

 Raja Ilya turut menyatakan rasa syukur dan tidak sabar untuk membawa anaknya pulang tanah air.

“Tak sabar nak balik Malaysia, awal tahun depan dengan baby, Wait for us okay,” katanya.

Raja Ilya yang sebelum ini pernah membintangi filem Appalam dan Suamiku, Encik Perfect 10 mengahwini usahawan dari Australia, Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya kehidupan pelakon ini kini lengkap sebagai isteri dan ibu. 

Tahniah untuk Raja Ilya dan suaminya di atas kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri hidup mereka ini. - Getaran, 2 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved