Raja Muda Selangor berkenan lawat Pusat Koreksional

16 Jan 2024 • 9:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA SELANGOR: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat melawat Pusat Koreksional Puncak Alam, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu baginda berkenan meninjau kelas-kelas yang terdapat di Sekolah Integriti di pusat pembangunan peradaban budaya kemanusiaan di pusat berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad dalam ucapannya sempena keberangkatan baginda berkata kejayaan semasa Jabatan Penjara Malaysia memulihkan banduan ketika ini adalah pada kadar 82.4 peratus, iaitu setelah dibebaskan golongan ini tidak kembali ke kancah jenayah dalam tempoh tiga tahun

Bagaimanapun katanya penjara dalam negara kini dalam keadaan sesak dengan jumlah banduan yang menghuninya melebihi 5.6 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya.

Beliau berkata 60 penjara di seluruh negara kini dihuni kira-kira 75,000 banduan berbanding kapasiti sepatutnya 71,000 banduan, dan jumlah itu tidak termasuk hampir 4,000 banduan yang menjalani pemulihan dalam komuniti menerusi Perintah Kehadiran Wajib, Parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL). -Bernama