Raja Muda Selangor terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Raja Muda Selangor terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tengku Amir Shah (kiri) menerima cenderahati daripada Abd Halim Aman di Istana Selangor, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Selangor, Bukit Kiara di sini pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Raja Muda Selangor berkenan menerima sembah taklimat berkaitan perkembangan terkini SPRM serta membincangkan pelbagai perkara termasuk inisiatif pencegahan rasuah yang dilaksanakan agensi berkenaan khususnya di Selangor.

Abd Halim menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Raja Muda Selangor meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat mengenai peranan dan perkembangan semasa SPRM.

Beliau turut menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan baginda terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah bagi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

Sesi menghadap itu merupakan sebahagian daripada agenda rasmi sempena pelantikan Abd Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu pada 13 Mei 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved