Raja Permaisuri Agong berangkat hadiri World #QuranHour 2023

13 Apr 2023 • 12:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available

image is not available
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.

image is not available

image is not available
Tunku Azizah tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada jam 11.45 pagi.

GOMBAK - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.

Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada jam 11.45 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan surah Al-Insan yang dipilih sebagai surah pilihan untuk edisi kali ini.

**media[2162016]**

**media[2162015]**

World #QuranHour tahun ini mengangkat tema 'Memanusiakan Ummah' melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

**media[2162018]**

Ini merupakan kemunculan kedua Tunku Azizah yang pernah menghadiri program tersebut buat kali pertama di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah pada 26 April tahun lalu.

Program yang bermula sejak 2015 itu dilihat sebagai jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

**media[2161980]**